Monday, April 07, 2014

Doorgift kahwin

Assalamualaikum...

Hari ni tiba-tiba je nak cerita pasal keterujaan aku dalam decorating goodies bag!dalam erti kata lain, minat aku dengan benda-benda yang berkaitan art ni memang susah nak bendung..oh, i'm tooooooo obsess with this kind of things..too obsess ok!lagi-lagi kalau jumpa sumber inpirasi yang kiut lagi comel dipandang mata.zaman sekarang ni orang banyak pakai brown paper bag je..kebanyakan pun orang buat sendiri je.masa aku tunang hari tu pun buat goodies bag berasaskan brown paper bag ni jugak.hasil die memang sangat-sangat berpuas hati..superb!kos untuk paper bag + doily paper tak sampai pun RM15 untuk 100pcs..1paket paper bag saiz besar = 100pcs RM4.50. doily paper RM7.00 aku tak pasti ada berapa ratus dalam satu paket tu sebab aku dah buat macam-macam & bagi orang pun masih banyak lagi balance.Tapi kos utk doorgift akan jadi mahal bergantung berapa banyak ribbon yang kita pakai.

Tapi bila kita buat sendiri baru la kita tau betapa jenuh nak buat bag goodies ni.kena fokus untuk pastikan hasil dia akan jadi macam yang kita nak.macam diri aku sendiri, aku pentingkan kekemasan.so,goodies kahwin aku memang tak larat la nak buat macam tu..banyak kot!haha..and aku tak nak la disebabkan citarasa aku nanti menyusahkan orang yang nak tolong packing doorgift ni pulak.sebab aku ni cerewet, kalau tak kemas mst tak senang duduk..hehe..my bad!lagipun aku dah beli bag yang murah dah berbaloi-baloi..tinggal nak masukkan barang je..senang..walaupun dalam hati meronta-ronta nak buat macam masa tunang hari tu.tapi kalau buat brown paper bag tu pun costing akan jadi mahal sebab kita nak buat banyak.kena keluar banyak kos untuk ribbon.nak buat sesuatu tu pun kena ikut kemampuan kita jugak, ye dok? =)

Sekarang baru la aku tau kenapa orang ambil upah untuk buat goodies menggunakan brown paper bag tu pun akan jadi mahal walaupun kos untuk paper bag + doily paper tak la mahal mana.buat benda remeh ni la yang buat jadi rumit.nak pasang ribbon, nak letak thank you taqs, nak adjust doily paper tu bagi terletak..kerja ni semuanya kerja remeh..tapi, kalau aku dibagi tugasan untuk buat goodies bag ni, aku la orang yang paling sanggup walau banyak mana pun ok!sebab bila dah siap mesti kita akan rasa bangga dengan hasil usaha kita.

Eh, aku berkenan nak packing gula-gula + jajan macam ni..yang ni aku akan siapkan awal dengan keringat tangan sendiri.mungkin juga akan dibantu oleh kakak ipar yang prihatin.hihihi..

simple and nice je kan!

Tak sabar nak siapkan yang ini! dah dapat idea nak beli ape untuk dijadikan kertas label yang kat sebelah atas tu..yang dalam gambar ni aku memang sure la specially printed..kalau nak jimat kos, tak payah print. korang beli je la wrapping paper yang cantik-cantik kat kedai.pastu potong ikut lebar plastik.staple kan pada plastik.lpas tu tampal la sticker Thank You!senang je kan..kalau korang ada bajet, it's ok kalau nak buat printed label.. ;)

Wednesday, March 26, 2014

Tragis MH370: Semoga Tabah

Assalamualaikum...

Sekarang ni memang tengah hangat cerita tentang kehilangan kapal terbang MH370. Apa lagi bila kapal terbang tersebut disahkan sudah terhempas di Lautan Hindi. Betul ke terhempas? Atau sebenarnya dirampas? Atau berita ni cuma disebarkan atas dasar nak tutup rahsia besar disebalik semua cerita tragis ni? Tapi kenapa? Siapa yg nak buat semua ni? Macam-macam persoalan,macam-macam tanda tanya dan setakat ni macam-macam spekulasi yg aku baca. Terhempas atau dirampas, cuma Allah je yg tau sebenar-benar kejadian. Salam takziah buat semua keluarga yg terlibat. Semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan ni. Doa yg terbaik walaupun aku tau kalau aku berada kat tempat diorang, memang susah nak terima kenyataan apa lagi orang yg kita sayang hilang ghaib tanpa kita dapat lihat jasad atau pun pusara yg benar-benar dapat buktikan dia memang dah tak ada. Al-fatihah buat mangsa muslim.

Wednesday, March 12, 2014

Persiapan Kahwin

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar i've another 59days to go for my wedding...so unbelievable ok..pheww...~ setakat ni busy menyiapkan manik for my nikah attire...theme utk nikah aku pilih pearl white with PINK! sgt girlish kannn..ehehe...tapi pink tak nampak sangat pun sebab warna pink tu aku pilih soft pink for shawl and detailing utk baju...semua aku buat serba simple je...baju pun aku beli peplum siap just aku add on detailing lace + manik...mentang-mentang fesyen lace + manik tengah 'in' sekarang ni,aku pun teringin jugak meng'diy' sendiri...rasa lebih bermakne.. (kononnya...~ keh3...) insyaAllah kalau aku ada kesempatan aku akan upload teaser ok..

Baju sanding aku sewa dengan mak andam terus...boleh sakit jiwa pulak kalau semua benda aku nak diy dengan masa yg lama pejam celik pejam celik tup2 dah sampai saat-saat tu kann... *pengsan!* haha...sekarang ni (kira saat aku menaip entry ni) pun dokumen dan segala borang aku xsubmit lagi dengan pejabat kadi...semua sebab tunggu borang kebenaran nikah dr en.tunang...klau dia punya tak settle lg mcm mne aku nak submit..ye dok??

Barang hantaran almost complete...tinggal satu dua barang je nk bagi lengkap and next month dah boleh dikerjakan untuk buat gubahan..kad kahwin dah siap design & ada sikit yg dah aku print sebab 15/3 ni ada cousin kahwin...so ini je la masa yg sesuai utk sampaikan kad pada sedara mara yg duk jejauh tu...utk goodies dan seangkatan dengannya pun next month baru nak menjalankan mision...part catering, mak aku dah book awal-awal..yg ni memang serah 100% kat mak utk pilih mana caterer yg dia berkenan and senang nk deal..wee...~

Hope everythings berjalan sepertimana yg dirancangkan...dan moga-moga Allah permudahkan jalan untuk aku dalam persiapan majlis besar dalam hidup aku ni..aminnnnn!