Monday, October 01, 2012

Mok2 turn to ‘ONE’


Assalamualaikum...

Semalam 30 Sept 2012 birthday si kecik Haidhar Firdaus ni..ada la buat majlis makan2 sikit utk family terdekat ngn doa selamat..dah potong kek, si mok menangis xnk lepaskan pisau ptong kek tu sebab dia nk buat main..mcm2 perangai si demok nehh.. ;)) anyway, aku doakan moga dia menjadi anak yg soleh dan menjadi insan berguna in future..maksu always syg aushh.. =))

Si demok yg selalu buat org geram ngn die..grrr..

p/s: Kehilangan ke-3 dan memang tak disangka-sangka terjadi berturut2..Al-Fatihah buat pakcik saudara merangkap adik arwah ayah Mohd Saroni Kasmani (28 sept)..moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman..amin~

Sunday, July 22, 2012

Selamat datang ramadhan


Assalamualaikum...

Sedar tak sedar, dah tiba semula ramadhan..alhamdulillah sebab aku masih diberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmat ramadhan..tapi, puasa kali ni dah semestinya sangat terasa perbezaannya kalau nak bandingkan dengan puasa yg lepas..sebabnya, puasa tahun ni ayah dah tak ada..kalau dulu..awal-awal ni mesti ayah dah suruh beli kurma..then pagi-pagi nak sahur dia la orang first yg bangun dan mengemas pinggan kat dapur..lepas sahur dia akan mengaji..kalau tak mengaji pun,mesti dia duduk dalam gelap berzikir..pagi-pagi subuh tu ayah dah mandi..ktorang selalu tanya kat ayah, ‘tak sejuk ke ayah mandi subuh-subuh buta ni’..dia mesti senyum je pastu dia jawab… ‘tak ada mananya sejuk’..pergh ayah ni..sejuk gler kot..memang tabik spring kt ayah..nak dekat raya dah tak ada la orang menganyam ketupat laju-laju..kalau tak,sepantas kilat je siap..sehari bole siap seratus kelongsong ketupat tu..kadang-kadang lebih dari tu..hebat kan ayah..naseb baik la skill tu ada gak turun kat anak-anak.. **skill mengaji dengan bersungguh je yg tak turun kat anak dia nih..hehe.. =P

Anyway, salam ramadhan untuk semua readers ya.. sangat banyak kelebihan di setiap malam di bulan ni..so,let’s grab the opportunity… semoga ramadhan kali ni akan menjadi ramadhan yg lebih baik berbanding ramadhan yg lalu…insyaAllah…

p/s: baru sehari dua puasa dah bermeriam segala budak-budak nihh..bingit la wei kau tembak hala rumah aku oi..

Friday, July 13, 2012

maafkan saya Mr. JM…wuwuwuwuu…~

Assalamualaikum..

Pagi ni hujan…pergi kerja awal sikit sebab ada cousin tumpang ke tempat kerja...sebab ada kawan kat sebelah ni kan,mmg syok aa kan berborak…tup..tup..danggg!!!ok,fine…aku dah langgar kereta depan…siyes mmg tak perasan dia break..sbb dari atas jambatan dah nampak traffic light tengah hijau…ingatkan orang depan ni nak laju la kan…haihh.. T_t sedeyyy..~


bumper Mr.JM saya dah kemek,lampu pecah…maafkan saya Mr. JM!! =(

p/s: memandu dengan berhati-hati ketika hujan & sentiasa alert okehh..

Monday, July 09, 2012

berita kehilangan untuk kesekian kalinya


Assalamualaikum..

ya, untuk kesekian kalinya, dan sungguh tak disangka-sangka... =(

p/s: Al-Fatihah buat adik ayah Rahmah binti Hj. Kasmani, telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini 9 Julai 2012. Semoga sentiasa dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Wednesday, July 04, 2012

Malam Seribu Rahmat


Assalamualaikum...

Bersempena malam Nisfu Syaaban ni, sama-samalah kita membaca Yaasin dan berdoa semoga kita dipanjangkan umur dalam kebaikan, dimurahkan rezeki yg halal & dikurniakan iman yg sempurna ketika mati kelak..insyaAllah..so,let's grab the opportunities... =)

"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."


Sumber: Search kat Google

p/s: Semakin terasa keindahan bulan Ramadahan yg bakal tiba tak lama je lagi.. alhamdulillah kerana telah dikurniakan dengan hujan rahmat di malam Nisfu Syaaban lebih-lebih lagi dengan krisis air yg sedang melanda dekat kawasan ni..

Tuesday, June 26, 2012

tinggal kenangan


Assalamualaikum...

Wahh...setelah sekian lamanya...at last...aku baru teringat yang aku ada blog..damn!!gila tersangatlah lupa aku ada blog..ahahahaha...nak sign in pun sampaikan aku terlupa aku guna email yg mana..email pun lupa, apa lagi la password..pelupanya aku!arghh...**adakah disebabkan aku makan semut banyak sangat nehh??hehehe...

A few month, macam-macam yg berlaku...sedih, gembira, pahit, manis...berita paling mendukacitakan bila aku dah kehilangan satu-satunya orang yg banyak mengajar aku untuk hidup berdikari...AYAH...ayah aku dah tinggalkan aku satu family pada 7 Mei yg lepas..benda yg tak disangka-sangka..sakit perut yg selama ni dia rasa tu adalah cancer..tapi..apakan daya kami..pujuk-pujuk untuk buat medical check-up pon dia tak mau...sampai la 2hari sebelum ayah pergi...pagi sabtu tu dia kena strok..sebelah kanan badan dah paralize...dia kena time subuh,atau tengah malam aku pun tak pasti...sebab bangun pagi dalam 7a.m. dia dah tak boleh gerak & dia tak boleh bercakap...dia cuma gerakkan tangan kiri urut-urut kepala dia...that time memang aku sangat sedih dan cuak..sebab masa tu tinggal mak dengan aku je kat rumah...aku dah la gelabah..sambil nangis-nangis aku paksa gak mak aku untuk bawak ayah pergi hospital...at last, pak cik aku tolong call ambulans sebab nak bawak sendiri seriously impossible...ayah kena tahan kat wad.. kebetulan pada masa yang sama, aku dah berhenti kerja sebab nak tukar kerja lain tengah bulan May..memang betul-betul kebetulan..aku siap dah plan macam mana kalau dah start kerja nanti nak gilir dengan mak untuk jaga ayah..tapi aku tak sempat pun nak buat semua tu.. ='( malam 1st ayah kat hospital, abang yg stay hospital jaga ayah…tp setiap kali melangkah nak tinggalkan hospital, hati memang seriously berat sangat..then mlm yg ke-2, akak pulak yg jaga..& akak sorang yg mengadap masa ayah tengah nazak..dlm pukul1 lebih akak call suruh datang hospital…tapi tak sempat…sikit lagi nak sampai akak dah msg aku..’ayah dah tak ada’…masa tu tuhan je yg tau mcm mana perasaan aku..perasaan mak…perasaan kami satu keluarga…tapi mak redha dgn pemergian ayah...sbb mak tak nak ayah rasa sakit lama-lama…kesian mak..siang-siang dah tak ada teman borak kat rumah…subuh tu hujan turun, macam paham perasaan kami satu keluarga masa tu...tapi alhamdulillah,segala urusan pengebumian berjalan lancar...

Kucupan terakhir untuk ayah,sedingin ais...~ memandang sayu jasad ayah dibawa turun dan meninggalkan rumah. saat tu memang sedih. ayah pergi takkan kembali. walaupun dalam hati berat untuk melepaskan, tapi hati terpaksa rela & redha..segala yang terjadi mesti ada hikmah..sekarang aku cuma ada mak..ape mak nak semua aku cuba tunaikan..antara lambat dengan cepat je…mak la segalanya…semoga ayah sentiasa tenang di tempat baru…tak ada apa lagi yg dapat adik buat untuk ayah,untuk balas semua pengorbanan ayah melainkan doa..terima kasih ayah untuk segala-galanya..adik sayang ayah..~

p/s: beruntungnya anda yg masih mempunyai ayah...berbaktilah kepada ayah selagi ada masa..btw,thanx pd semua yg amek berat pasal aku...& thanx a lot to my dearest frenz yg dtg melawat aku..tak lupa Al-Fatihah untuk arwah ayah aku..Almarhum Hassan bin Hj. Kasmani