Sunday, July 22, 2012

Selamat datang ramadhan


Assalamualaikum...

Sedar tak sedar, dah tiba semula ramadhan..alhamdulillah sebab aku masih diberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmat ramadhan..tapi, puasa kali ni dah semestinya sangat terasa perbezaannya kalau nak bandingkan dengan puasa yg lepas..sebabnya, puasa tahun ni ayah dah tak ada..kalau dulu..awal-awal ni mesti ayah dah suruh beli kurma..then pagi-pagi nak sahur dia la orang first yg bangun dan mengemas pinggan kat dapur..lepas sahur dia akan mengaji..kalau tak mengaji pun,mesti dia duduk dalam gelap berzikir..pagi-pagi subuh tu ayah dah mandi..ktorang selalu tanya kat ayah, ‘tak sejuk ke ayah mandi subuh-subuh buta ni’..dia mesti senyum je pastu dia jawab… ‘tak ada mananya sejuk’..pergh ayah ni..sejuk gler kot..memang tabik spring kt ayah..nak dekat raya dah tak ada la orang menganyam ketupat laju-laju..kalau tak,sepantas kilat je siap..sehari bole siap seratus kelongsong ketupat tu..kadang-kadang lebih dari tu..hebat kan ayah..naseb baik la skill tu ada gak turun kat anak-anak.. **skill mengaji dengan bersungguh je yg tak turun kat anak dia nih..hehe.. =P

Anyway, salam ramadhan untuk semua readers ya.. sangat banyak kelebihan di setiap malam di bulan ni..so,let’s grab the opportunity… semoga ramadhan kali ni akan menjadi ramadhan yg lebih baik berbanding ramadhan yg lalu…insyaAllah…

p/s: baru sehari dua puasa dah bermeriam segala budak-budak nihh..bingit la wei kau tembak hala rumah aku oi..

No comments:

Post a Comment