Sunday, July 22, 2012

Selamat datang ramadhan


Assalamualaikum...

Sedar tak sedar, dah tiba semula ramadhan..alhamdulillah sebab aku masih diberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmat ramadhan..tapi, puasa kali ni dah semestinya sangat terasa perbezaannya kalau nak bandingkan dengan puasa yg lepas..sebabnya, puasa tahun ni ayah dah tak ada..kalau dulu..awal-awal ni mesti ayah dah suruh beli kurma..then pagi-pagi nak sahur dia la orang first yg bangun dan mengemas pinggan kat dapur..lepas sahur dia akan mengaji..kalau tak mengaji pun,mesti dia duduk dalam gelap berzikir..pagi-pagi subuh tu ayah dah mandi..ktorang selalu tanya kat ayah, ‘tak sejuk ke ayah mandi subuh-subuh buta ni’..dia mesti senyum je pastu dia jawab… ‘tak ada mananya sejuk’..pergh ayah ni..sejuk gler kot..memang tabik spring kt ayah..nak dekat raya dah tak ada la orang menganyam ketupat laju-laju..kalau tak,sepantas kilat je siap..sehari bole siap seratus kelongsong ketupat tu..kadang-kadang lebih dari tu..hebat kan ayah..naseb baik la skill tu ada gak turun kat anak-anak.. **skill mengaji dengan bersungguh je yg tak turun kat anak dia nih..hehe.. =P

Anyway, salam ramadhan untuk semua readers ya.. sangat banyak kelebihan di setiap malam di bulan ni..so,let’s grab the opportunity… semoga ramadhan kali ni akan menjadi ramadhan yg lebih baik berbanding ramadhan yg lalu…insyaAllah…

p/s: baru sehari dua puasa dah bermeriam segala budak-budak nihh..bingit la wei kau tembak hala rumah aku oi..

Friday, July 13, 2012

maafkan saya Mr. JM…wuwuwuwuu…~

Assalamualaikum..

Pagi ni hujan…pergi kerja awal sikit sebab ada cousin tumpang ke tempat kerja...sebab ada kawan kat sebelah ni kan,mmg syok aa kan berborak…tup..tup..danggg!!!ok,fine…aku dah langgar kereta depan…siyes mmg tak perasan dia break..sbb dari atas jambatan dah nampak traffic light tengah hijau…ingatkan orang depan ni nak laju la kan…haihh.. T_t sedeyyy..~


bumper Mr.JM saya dah kemek,lampu pecah…maafkan saya Mr. JM!! =(

p/s: memandu dengan berhati-hati ketika hujan & sentiasa alert okehh..

Monday, July 09, 2012

berita kehilangan untuk kesekian kalinya


Assalamualaikum..

ya, untuk kesekian kalinya, dan sungguh tak disangka-sangka... =(

p/s: Al-Fatihah buat adik ayah Rahmah binti Hj. Kasmani, telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini 9 Julai 2012. Semoga sentiasa dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Wednesday, July 04, 2012

Malam Seribu Rahmat


Assalamualaikum...

Bersempena malam Nisfu Syaaban ni, sama-samalah kita membaca Yaasin dan berdoa semoga kita dipanjangkan umur dalam kebaikan, dimurahkan rezeki yg halal & dikurniakan iman yg sempurna ketika mati kelak..insyaAllah..so,let's grab the opportunities... =)

"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."


Sumber: Search kat Google

p/s: Semakin terasa keindahan bulan Ramadahan yg bakal tiba tak lama je lagi.. alhamdulillah kerana telah dikurniakan dengan hujan rahmat di malam Nisfu Syaaban lebih-lebih lagi dengan krisis air yg sedang melanda dekat kawasan ni..