Hari ni tiba-tiba terasa rajin nak menekan keyboard untuk menaip sepatah dua kata..bukan apa,sekadar untuk meluahkan sedikit rasa hati..cewah..macam dramatik pulak ayat aku kan..haha..macam dah lama tak menaip since oktober itu hari..alhamdulillah,setakat ni everything goes well..xda la aku sampai jadi
Sejak akhir-akhir ni asyik fikir macam mana nak earn extra money selain daripada aku dok tunggu duit gaji bulanan aku
Sabar je la ainie..rezeki tu ada kat mana-mana..kalau Allah nak bagi, dia akan bagi jugak kat hang..no doubt!mungkin ada sebab kenapa Allah bagi kepayahan dalam kita nak kan sesuatu tu..mungkin aku banyak berkira sangat ke, kuat ngungkit ke, kedekut lupa nak sedekah ke, banyak ngeluh ke, selalu lupa kat Dia yg satu tu ke, bila dah dapat lebih tak reti nak bersyukur ke..sape tau kan? well, kita ni just manusia biasa..kadang-kadang tak sedar pun dengan apa yg kita buat, apa yg kita cakap..
Sumber: Mr.google~
"Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah. Jika ada di bumi maka kelaurkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat, maka mudahkanlah. Jika sedikit maka banyakkanlah. Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin serta mereka yang di dalam kesusahan.."
Amin Ya Rabbal'alamin...~

