Tuesday, December 17, 2013

rezeki...~

Assalamualaikum..

Hari ni tiba-tiba terasa rajin nak menekan keyboard untuk menaip sepatah dua kata..bukan apa,sekadar untuk meluahkan sedikit rasa hati..cewah..macam dramatik pulak ayat aku kan..haha..macam dah lama tak menaip since oktober itu hari..alhamdulillah,setakat ni everything goes well..xda la aku sampai jadi gila walaupun banyak cabaran dan dugaan yg kadang-kadang buat aku stress dan tak tau macam mana nk solve sejak menjadi tunangan orang ni..pheww..~

Sejak akhir-akhir ni asyik fikir macam mana nak earn extra money selain daripada aku dok tunggu duit gaji bulanan aku beranak..last month ada berita gembira bila makcik aku ada seorang kawan yg mmg nak pakai seorang designer..he need a partime designer badly katanya..sebab dah tak cukup tangan nak handle..mau tak happy, dapat lubang kerja partime dan buat benda yg memang aku minat..1st job dah settle, tapi aku tak mintak lagi payment..nak tunggu dua tiga job la konon..lepas submit 1st job, die bagi aku next job..tapi sekarang ni bos partime aku ni senyap je pulak..aku kasi 2nd projek punye previews pon die tak ada bagi feedback kat aku..sedey woo..~ kot2 la kan dia tak suka aku buat kerja, tak suka cara aku kerja ke, aku buat kerja dia tak smart ke kan..rasa macam punah harapan aku nak tambah duit savingss kawen..wuuwuuwuuu...~ buat masa ni just wait and see je la dulu :(

Sabar je la ainie..rezeki tu ada kat mana-mana..kalau Allah nak bagi, dia akan bagi jugak kat hang..no doubt!mungkin ada sebab kenapa Allah bagi kepayahan dalam kita nak kan sesuatu tu..mungkin aku banyak berkira sangat ke, kuat ngungkit ke, kedekut lupa nak sedekah ke, banyak ngeluh ke, selalu lupa kat Dia yg satu tu ke, bila dah dapat lebih tak reti nak bersyukur ke..sape tau kan? well, kita ni just manusia biasa..kadang-kadang tak sedar pun dengan apa yg kita buat, apa yg kita cakap..


Sumber: Mr.google~

"Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah. Jika ada di bumi maka kelaurkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat, maka mudahkanlah. Jika sedikit maka banyakkanlah. Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin serta mereka yang di dalam kesusahan.."

Amin Ya Rabbal'alamin...~

No comments:

Post a Comment