Wednesday, March 26, 2014

Tragis MH370: Semoga Tabah

Assalamualaikum...

Sekarang ni memang tengah hangat cerita tentang kehilangan kapal terbang MH370. Apa lagi bila kapal terbang tersebut disahkan sudah terhempas di Lautan Hindi. Betul ke terhempas? Atau sebenarnya dirampas? Atau berita ni cuma disebarkan atas dasar nak tutup rahsia besar disebalik semua cerita tragis ni? Tapi kenapa? Siapa yg nak buat semua ni? Macam-macam persoalan,macam-macam tanda tanya dan setakat ni macam-macam spekulasi yg aku baca. Terhempas atau dirampas, cuma Allah je yg tau sebenar-benar kejadian. Salam takziah buat semua keluarga yg terlibat. Semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan ni. Doa yg terbaik walaupun aku tau kalau aku berada kat tempat diorang, memang susah nak terima kenyataan apa lagi orang yg kita sayang hilang ghaib tanpa kita dapat lihat jasad atau pun pusara yg benar-benar dapat buktikan dia memang dah tak ada. Al-fatihah buat mangsa muslim.

Wednesday, March 12, 2014

Persiapan Kahwin

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar i've another 59days to go for my wedding...so unbelievable ok..pheww...~ setakat ni busy menyiapkan manik for my nikah attire...theme utk nikah aku pilih pearl white with PINK! sgt girlish kannn..ehehe...tapi pink tak nampak sangat pun sebab warna pink tu aku pilih soft pink for shawl and detailing utk baju...semua aku buat serba simple je...baju pun aku beli peplum siap just aku add on detailing lace + manik...mentang-mentang fesyen lace + manik tengah 'in' sekarang ni,aku pun teringin jugak meng'diy' sendiri...rasa lebih bermakne.. (kononnya...~ keh3...) insyaAllah kalau aku ada kesempatan aku akan upload teaser ok..

Baju sanding aku sewa dengan mak andam terus...boleh sakit jiwa pulak kalau semua benda aku nak diy dengan masa yg lama pejam celik pejam celik tup2 dah sampai saat-saat tu kann... *pengsan!* haha...sekarang ni (kira saat aku menaip entry ni) pun dokumen dan segala borang aku xsubmit lagi dengan pejabat kadi...semua sebab tunggu borang kebenaran nikah dr en.tunang...klau dia punya tak settle lg mcm mne aku nak submit..ye dok??

Barang hantaran almost complete...tinggal satu dua barang je nk bagi lengkap and next month dah boleh dikerjakan untuk buat gubahan..kad kahwin dah siap design & ada sikit yg dah aku print sebab 15/3 ni ada cousin kahwin...so ini je la masa yg sesuai utk sampaikan kad pada sedara mara yg duk jejauh tu...utk goodies dan seangkatan dengannya pun next month baru nak menjalankan mision...part catering, mak aku dah book awal-awal..yg ni memang serah 100% kat mak utk pilih mana caterer yg dia berkenan and senang nk deal..wee...~

Hope everythings berjalan sepertimana yg dirancangkan...dan moga-moga Allah permudahkan jalan untuk aku dalam persiapan majlis besar dalam hidup aku ni..aminnnnn!