Wednesday, March 26, 2014

Tragis MH370: Semoga Tabah

Assalamualaikum...

Sekarang ni memang tengah hangat cerita tentang kehilangan kapal terbang MH370. Apa lagi bila kapal terbang tersebut disahkan sudah terhempas di Lautan Hindi. Betul ke terhempas? Atau sebenarnya dirampas? Atau berita ni cuma disebarkan atas dasar nak tutup rahsia besar disebalik semua cerita tragis ni? Tapi kenapa? Siapa yg nak buat semua ni? Macam-macam persoalan,macam-macam tanda tanya dan setakat ni macam-macam spekulasi yg aku baca. Terhempas atau dirampas, cuma Allah je yg tau sebenar-benar kejadian. Salam takziah buat semua keluarga yg terlibat. Semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan ni. Doa yg terbaik walaupun aku tau kalau aku berada kat tempat diorang, memang susah nak terima kenyataan apa lagi orang yg kita sayang hilang ghaib tanpa kita dapat lihat jasad atau pun pusara yg benar-benar dapat buktikan dia memang dah tak ada. Al-fatihah buat mangsa muslim.

No comments:

Post a Comment